Sunday, February 22, 2015

Unknown

"Never be afraid to tread the path alone. Know which is your path and follow is wherever it may lead you; do not feel you have to follow in someone else's footsteps." - Unknown

Monday, August 23, 2010

Dasar Umno-BN Jadikan Warga Sabah Minoriti Di Bumi Sendiri

Salam semua...
Saya ingin postkan tulisan En.Frederick Luccas di blog saya, kerana ianya sangat penting untuk tatapan dan direnungkan oleh masyarakat kita di Sabah, seterusnya diambil perhatian, tindakan dan pengajaran yang berguna. Mungkin masih ramai yang belum mambaca tulisan ini. Kawan-kawan dan rakan-rakan seperjuangan yang saya hormat sila baca tulisan ini. Kalau ada komen, dipersilakan.


Dasar Umno-BN Jadikan Warga Sabah Minoriti Di Bumi Sendiri
Oleh Frederick Luccas
PETALING JAYA 7 Julai - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sejak menyertai gagasan Malaysia 47 tahun lalu Sabah telah menjadi negeri termiskin di Malaysia kerana dasar pilih kasih dan diskriminasi pentadbiran Umno-Barisan Nasional sehingga menyebabkan rakyat negeri itu menjadi kaum minoriti di negeri sendiri.
Malah Sabah dinafikan hampir kesemua janji pembangunan seperti kemudahan infrastruktur, jalanraya, bekalan elektrik, sistem perpaipan dan kemudahan komunikasi seperti jalur lebar.
Ketika berucap pada forum 'Kemelaratan Warga Sabah Di Lembah Klang' Ahad lalu, Kit Siang berkata sekiranya titik permulaan usaha mengatasi masalah ini tidak dilakukan Sabah bersama Sarawak dikhuatiri akan kekal dalam keadaan yang sedia ada untuk tempoh yang lama.
Hakikat ini tambah beliau dapat dilihat kebenarannya melalui kenyatan pimpinan Umno-BN yang bangga dengan Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' kuasa politik mereka.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur menegaskan forum yang diadakan akan menjadi titik permulaan untuk memperdengar rintihan kesusahan dan keperitan hidup warga Sabah di Lembah Kelang dan di Sabah khususnya.
"Sejak penubuhan Malaysia 47 tahun lalu hingga kini adakah semua harapan dan keperluan rakyat Sabah telah ditunaikan ataupun tidak dengan penubuhan Malaysia?
"Kenapa tidak? Ada sebabnya, antaranya dahulu pada tahun 1963, warga Sabah hanya 400,000 dan rakyat Sabah tidak menyangkakan populasi tiba-tiba boleh meningkat dari 400,000 kepada lebih 3 juta pada tahun 2009, seolah-olah warga Sabah adalah 'super producers'.
"Saya juga mendapat tahu ada kajian dijalankan yang mengatakan warga pribumi Sabah kini sudah menjadi kaum minoriti, bukan lagi majoriti akibat pembanjiran warga asing. Rakyat pribumi menjadi warga asing di tanah sendiri" tegas Kit Siang.
Jelas beliau, 47 tahun dahulu semasa penubuhan Malaysia, rakyat Sabah tidak perlu berhijrah ke Semenanjung Malaysia kerana kekayaan sumber asli di Sabah tetapi kerajaan Umno-BN takut warga Semenanjung pula akan berhijrah ke Sabah kerana tertarik dengan kehidupan di Sabah maka mereka telah mewujudkan sekatan imigresen.
"Tetapi kini, anak-anak Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk cari pekerjaan semata-mata mahu mencari makan? Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, sesuatu yang amat tidak kena berlaku.
"Kalau Sabah dan Sarawak tidak menyokong Umno-BN pada pilihan raya umum dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sudah menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Ketua Pembangkang.
"Kita dapat lihat Putrajaya tidak memandang serius peranan yang telah dimainkan oleh Sabah dan Sarawak. Memang benarlah kerajaan Umno-BN ada memberikan jawatan penting kepada warga Sabah dan Sarawak seperti Speaker parlimen adalah warga Sabah. Mana ada Speaker pernah dilantik daripada rakyat Sarawak? Timbalan Speaker pula dari Sarawak. Satu dari Sabah, satu dari Sarawak," kata beliau lagi.
Tambahnya, untuk rakyat biasa Sabah dan Sarawak pula, tiada apa-apa keistimewaan yang diberi dan keadaan inilah yang perlu diubah di segi aspek keseimbangan kuasa di Malaysia.
"Apa yang mustahak ialah kita perlu membawa suara rakyat Sabah mengenai masalah mereka, kita perlu menyampaikan mesej ini kepada warga Sabah jika kita mahu menyelesaikkan masalah pokok, khasnya warga Sabah mempunyai tempat yang sewajar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat Sabah dan warga lain adalah setara di bawah Pakatan Rakyat dan itu yang penting, jika tidak, keadilan tidak akan dapat dicapai," ulas Kit Siang.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memberitahu peserta forum bahawa daripada jawapan yang diberi di parlimen, industri perkilangan di Selangor masih memerlukan lebih 20,000 pekerja di mana gaji purata pekerja kilang adalah RM1,000.
"Ada juga syarikat yang menawarkan lebih daripada itu semata-mata untuk menarik minat pekerja tempatan. Kita juga tahu ada sebuah syarikat yang memerlukan seorang jurutera yang baru habis belajar dan tanpa pengalaman, dengan gaji permulaan RM2,500 tetapi itu pun sukar diisi.
"Inilah keadaan Selangor pada masa ini di mana rakyat tempatan mula memilih kerja hingga syarikat terpaksa mencari pekerja asing," jelas Theresa.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah pula berkata PAS sedar akan masalah yang dihadapi oleh warga Sabah di kawasan Kota Raja dan beliau sentiasa menghulurkan bantuan sedaya mungkin.
"PAS percayakan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita dapat lihat dengan jelas ini merupakan satu polisi yang dikawal oleh kerajaan Umno-BN," kata beliau lagi.
Jelas Dr Siti, pembanjiran warga asing yang melanda Sabah menyebabkan peluang pekerjaan dimonopoli oleh warga asing dan keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia hinggakan anak tempatan tidak mampu menyaingi gaji rendah yang diberi kepada warga asing ini.
"Syarikat swasta dengan alasan tiada peruntukan akan menawarkan gaji begitu rendah di mana anak tempatan akan kerugian dan menggunakan peluang ini untuk mengambil warga asing. Bagaimana kita boleh bersaing dengan mereka yang sanggup bekerja untuk gaji murah?
"Inilah petunjuk kerakusan Umno-BN membuat polisi yang membebankan rakyat dengan alasan mahu meningkatkan ekonomi tetapi kebajikan rakyat diabaikan," tegas beliau lagi.

Sunday, January 11, 2009

Sayang Ba Itu Masa… Jangan di tinggal-tinggal……


Salam tahun baru kepada semua rakan-rakan pembaca. Apabila saya mendengar lagu dari Rafael Pinus yang bertajuk sayang ba e2 masa, maka saya teringat masa yang kita lalui begitu pantas rasanya berlalu dan pada masa yang sama, mengundang kita melihat kembali apa yang telah kita capai selama ini?.Mungkin ada diantara kita secara tidak sedar atau sedar telah mensia-siakan masa yang ada, tanpa melakukan apa-apa, baik untuk masa depan diri sendiri, keluarga atau bangsa sendiri. Mungkin mesej dalam lagu Rafael Pinus, lebih menjurus kepada peribadi sendiri, tapi apabila kita melihat makna kalimat ini dengan lebih jauh lagi, ianya sangat signifikan dengan keadaan kita pada masa kini.




Masa telah meninggalkan kita telalu jauh. Kita jauh ketinggalan dalam semua aspek terutama dalam aspek perkembangan minda kelas pertama. Saya masih ingat pada hujung tahun 80an dan awal 90an, ada pemimpin kita dari Sabah, cuba memulakan ideologi ini supaya diterapkan kepada masyarakat kita di Sabah, tetapi perubahan politik berlaku dan ianya tidak sampai kepada sasaran utama. Ini berlaku kerana apabila soal politik lebih diutamakan atau dititikberatkan tanpa keseimbangan dalam soal pembangunan modal insan maka, tahap pembangunan masyarakat kita terlalu lembab. Hal ini seharusnya disedari oleh genarasi muda pada masa kini. Kita tidak boleh berada di tahap yang sama dalam sepanjang kehidupan ini. Tuhan menempatkan kita di bumi planet ini untuk berkembang dan pada masa yang sama memenuhi kaiteria yang dikehendakiNya. Kita menimba ilmu untuk membangun masyarakat kita seiring dengan masyarakat global.

Pada akhir-akhir ini, baru kita mendengar kembali tentang hal pembangunan modal insan kelas pertama. Mungkin hal ini sedang diusahakan tetapi bagaimana dengan sistem pelaksanaannya disemua peringkat, bagaimana hal ini dicapai, kalau penduduk terutama di kawasan luar bandar, ada yang baru sahaja mendapat kemudahan bekalan elektrik, ada pula yang belum menikmati bekalan air bersih, jalanraya juga terlalu susah untuk dibaiki apa lagi dinaik taraf. Kemudahan-kemudahan sekolah pun tidak dipertingkatkan. Masih ada sekolah yang dibina sejak tahun 60an, sudah usang belum di upgrade lagi. Bagaimana anak-anak kita atau genarasi ini boleh mencapai kualiti pembelajaran yang baik apabila kemudahan-kemudahan asaspun tidak dapat di penuhi?

Monday, November 24, 2008

Berita Baik Untuk Sabah

RM17b Sabah roads upgrade

The Federal Government has allocated some RM17 billion to pave all roads within 30km radius of towns in Sabah by the year 2015. Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed said the huge allocation was in line with the Government's vision and commitment to boost the State's infrastructure development. "We are aware that there are still many roads which have not been upgraded or paved in Sabah and there are also places in the rural areas which have no roads at all”. Mohd Zin said Sabah had 15,756km of roads of which 5,686km are paved roads and 9,635km gravel roads. The rest are laterite roads. "We hope to complete the project by 2015 or at the latest by 2017," he told reporters after a briefing on the State's infrastructure development here.- DAILY EXPRESS NEWS -23 Nov 2008



Bila saya membaca kenyataan ini, saya katakan “wah.. baguslah, kalau peruntukan ini betul-betul sampai ke sasaran”. Tapi saya terpegun sejenak, kenapa dalam radius 30km saja? Bagaimana pula jalanraya di kawasan yang jauh lebih dari 30km dari kawasan Bandar? Di mana sebenarnya keutamaan kerajaan, adakah jalanraya di kawasan Bandar atau pekan saja yang balik-balik di tar, tetapi lepas tiga bulan, rekahan dan lubang muncul lagi?..adakah penduduk luar Bandar tidak layak menikmati kemudahan jalanraya yang baik?..Bagaimana pula di kawasan Kadamaian? Dapatkah kita menikmati tampias peruntukan yang disediakan? Rupanya menikmati harga kemerdekaan itu amat susah sekali. Bagaimanapun kita harus/patut menikmati pembangunan selari dengan pendapatan dari sumber bumi yang telah kita jana.

Sunday, November 2, 2008

KADAMAIAN O..KADAMAIAN…!!!!

Nama mu mengambarkan erti KEDAMAIAN , tempat yang aman damai, harmoni, mempunyai persekitaran dan pemandangan yang cantik, menarik dan mempersonakan. Tapi malangnya nama hanya tetap nama, dalam realitinya (semulajadi secara fizikal) memang nyata tetapi, apalah ertinya pemandangan yang cantik jika tidak diisi dengan pembangunan supaya rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa, sahjetara dan maju seperti bangsa-bangsa lain di bumi.

Sampai bila pembangunan di alirkan ke kawasan ini? Bak air sungai Kadamaian yang mengalir dari puncak gunung kebanggaan kita Mt.Kinabalu hingga Kuala Abai. Apakah harapan yang menggunung setinggi gunung Kinabalu di abaikan begitu sahaja tanpa pembelaan??? Wahai rakyatku yang setia, nasip apakah gerangannya yang menimpa kamu? Rintihan dan tangisan hati kamu tidak didengar oleh pemimpin kamu? Apakah mata dan telinga hati sudah tertutup selepas duduk di singgah sana?...................................................YB, dengar dan kasihanilah rakyat mu……….

Monday, September 8, 2008

KEADAAN SEMAKIN PANAS

Perubahan cuaca secara global semakin terasa di sebahagian besar benua di planet Bumi. Bagaimanapun perubahan cuaca politik di kebanyakan negera di dunia juga turut berubah. Inilah yang dikatakan ‘Wind Of Change’ sedang berlaku. Di Malaysia, cuaca politk semakin panas. Dengan beberapa andaian atau kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik (Parti pemerintah & parti pembangkang) membuat keadaan semakin panas dan rakyat masih terpingah-pingah dan semakin banyak pertanyaan dan menunggu jawapan. Jawapan pasti akan muncul dalam sekejap waktu. Para penganalisis politik semakin rancak menulis pandangan dan andaian/ramalan apa yang akan berlaku dengan landskap politik Malaysia.

Dalam situasi sekarang ini, kita perlu memelihara keharmonian masyarkat yang terdiri dari pelbagai kaum bangsa dan fahaman agama. Sesitiviti dalam semua aspek harus dipertimbangkan demi keamanan yang terterusan dan demi mencapai satu bangsa Malaysia yang bersatupadu. Sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik Malaysia, kita kena terima kenyataan, kerana untuk melangkah lebih jauh dan mencapai pembaharuan yang lebih baik, kita kena berani berubah dan menerima perubahan yang sedang dan akan berlaku. Senario politik Malaysia setelah melalui tempoh yang panjang (setengah abad) semakin menjadi perhatian kerana di Malaysia, untuk menukar sesebuah kerajaan, rakyatnya tidak perlu berdemonstrasi dan tidak perlu melakukan kekerasan untuk mencapai impian perjuangan politik. Kuasa di tangan rakyat. Bagaimanapun kuasa yang diperolehi mesti dilaksanakan dengan telus, bertanggungjawab dengan mengamalkan kesamarataan dan bukan berpihak kepada sesuatu kaum sahaja.

Perjuangan politik akan menjadi tempang sekiranya berlaku pihak-pihak yang hanya mementingkan diri sendiri atau kaumnya sendiri dengan menganggap golongan lain tidak penting. Isu yang berlaku di P Pinang dengan merujuk kepada kenyataan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera memang merupakan isu yang perlu diselasaikan dengan penuh berhema. Selagi ada pihak yang tidak mengaku salah dan tidak mahu merendah diri, maka isu tersebut akan merebak di kawasan-kawasan lain. Kita tidak mahu perpecahan dan pergolakan kaum akan berulang. Di Malaysia politik perkauman tidak akan mendapat tempat. Dalam jangka panjang kita yakin satu bangsa Malaysia akan terbentuk. Tidak ada tempat bagi mereka yang ingin menjadi tuan di Malaysia. Kita tidak perlu dijajah lagi oleh sesiapa bangsa pun. Kita perlu membentuk ideologi politik yang menjurus kepada parti politik pelbagai kaum dan memperjuangkan hak-hak semua kaum di Malaysia.