Sunday, January 11, 2009

Sayang Ba Itu Masa… Jangan di tinggal-tinggal……


Salam tahun baru kepada semua rakan-rakan pembaca. Apabila saya mendengar lagu dari Rafael Pinus yang bertajuk sayang ba e2 masa, maka saya teringat masa yang kita lalui begitu pantas rasanya berlalu dan pada masa yang sama, mengundang kita melihat kembali apa yang telah kita capai selama ini?.Mungkin ada diantara kita secara tidak sedar atau sedar telah mensia-siakan masa yang ada, tanpa melakukan apa-apa, baik untuk masa depan diri sendiri, keluarga atau bangsa sendiri. Mungkin mesej dalam lagu Rafael Pinus, lebih menjurus kepada peribadi sendiri, tapi apabila kita melihat makna kalimat ini dengan lebih jauh lagi, ianya sangat signifikan dengan keadaan kita pada masa kini.




Masa telah meninggalkan kita telalu jauh. Kita jauh ketinggalan dalam semua aspek terutama dalam aspek perkembangan minda kelas pertama. Saya masih ingat pada hujung tahun 80an dan awal 90an, ada pemimpin kita dari Sabah, cuba memulakan ideologi ini supaya diterapkan kepada masyarakat kita di Sabah, tetapi perubahan politik berlaku dan ianya tidak sampai kepada sasaran utama. Ini berlaku kerana apabila soal politik lebih diutamakan atau dititikberatkan tanpa keseimbangan dalam soal pembangunan modal insan maka, tahap pembangunan masyarakat kita terlalu lembab. Hal ini seharusnya disedari oleh genarasi muda pada masa kini. Kita tidak boleh berada di tahap yang sama dalam sepanjang kehidupan ini. Tuhan menempatkan kita di bumi planet ini untuk berkembang dan pada masa yang sama memenuhi kaiteria yang dikehendakiNya. Kita menimba ilmu untuk membangun masyarakat kita seiring dengan masyarakat global.

Pada akhir-akhir ini, baru kita mendengar kembali tentang hal pembangunan modal insan kelas pertama. Mungkin hal ini sedang diusahakan tetapi bagaimana dengan sistem pelaksanaannya disemua peringkat, bagaimana hal ini dicapai, kalau penduduk terutama di kawasan luar bandar, ada yang baru sahaja mendapat kemudahan bekalan elektrik, ada pula yang belum menikmati bekalan air bersih, jalanraya juga terlalu susah untuk dibaiki apa lagi dinaik taraf. Kemudahan-kemudahan sekolah pun tidak dipertingkatkan. Masih ada sekolah yang dibina sejak tahun 60an, sudah usang belum di upgrade lagi. Bagaimana anak-anak kita atau genarasi ini boleh mencapai kualiti pembelajaran yang baik apabila kemudahan-kemudahan asaspun tidak dapat di penuhi?

1 comment:

Anonymous said...

Kopisanangan,

Memang betul apa yg ditulis oleh LT. sayang ba tu masa kalu d tinggal-tinggal. masa terlalu jauh meninggalkan kita, bukan saja ketinggalan dalam pembangunan tetapi ketinggalan dalam kemajuan minda kelas pertama.