Senario politik negara kini semakin rumit. Perkembangan terkini yang kita saksikan di pentas layar maya, menjurus kepada ketidakseimbangan politik, sosial & ekonomi. Yang pasti kita sedang menyaksikan satu corak pergerakan perubahan politik yang dinodai dengan pelbagai-bagai warna-warni. Pun begitu satu sinar baru yang hampir dan pasti menjadi kenyataan. Kita boleh andaikan sedemikian kerana keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang ada sekarang semakin pudar. Rakyat perlu diyakinkan dengan satu harapan yang jelas dan berojektifkan perjuangan rakyat,berdasarkan kepada kekuatan dan sumber yang ada. Inilah fakta yang harus diterima secara majoriti. Bagaimana pula keadaan rakyat kita di
Pelakon Wayang Kulit No:1 PBS
13 years ago
2 comments:
Apapun,memang jelas sekali, kekakulatan politik yang dialami negara adalah disebab oleh tuntutan perubahan secara positif daripada rakyat jelata. Kita diambang kesedaran bahawa kuasa perubahan itu adalah terletak di tangan kita. Apabila kesedaran ini merebak secara menyeluruh maka soal salah pilih kerajaan tidak akan timbul lagi, cuma pencarian pemimpin yang baik dan lebih baik akan timbul dari masa ke semasa. Malang sekali bagi Kadamaian dari segi kuasa memilih dimana ianya bukan berpusat daripada akal yang logik tapi lebih menjurus kepada maruah. Mereka melihat parti yang memegang kepimpinan yang ada sekarang ini sebagai milik mereka sebagai KDM. Justru itu, sesiapa sahaja dicalonkan akan pasti mendapat undian mereka walaupun berat.
Senario politik negara yang tidak menentu ini kalau dilihat dalam erti kata sebenar adalah sihat. Sihat kerana kita ada imbangan diantara kerajaan dan pembangkang. Kemajuan seimbang untuk semua akan bermula daripada titik ini. Walau berapa lembabpun pemikiran politik kita, mau tidak mau, semua rakyat dan pemimpin harus menghalakan perjuangan dan kemajuan kawasan yang mereka wakili ke arah perubahan arus politik yang besar. Setiap langkah kita akan dibayangi oleh big bro. Dalam kesedaran bahawa setiap tindak tanduk kita diperhatikan, setiap aspek yang kita ketinggalan dan setiap kelemahan kepimpinan kita akan di politikkan dan dimanfaatkan oleh kedua belah pihak baik pemerintah mahupun pembangkang,kita tidak ada pilihan selain berubah kepada yang lebih baik. Daripada ini semua, kita semakin memerlukan pemimpin yang tahan lasak, peka dan mampu memanafaatkan apa jua keadaan yang dipersembahkan oleh suasana politik semasa. Persoalan tentang kesediaan rakyat khususnya di Kadamaian untuk menerima perubahan memang boleh dipersoalkan pada ketika ini namun ianya akan tetap berlaku. Cuma dalam rentak yang bagaimana? cepat ka lambat? masih menempatkan kita pada kedudukan tunggu dan lihat.
Post a Comment