Sejak 8 Mac yang lalu, telah bermula lembaran-lembaran peristiwa yang telah membuat rakyat bertambah gusar dan bingung. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan melalui dada-dada akhbar, blogs dan berita-berita di kaca TV, membuat rakyat menjadi semakin bingung dan tertanya-tanya apa sudah terjadi dengan negara kita. Selain dibebani kenaikan harga barang dan kerisauan tentang bekalan makanan dunia, rakyat Sabah & Sarawak mula berfikir dengan halatuju politik dan ekonomi mereka kerana merupakan golongan yang amat merasa tekanan hidup walaupun seringkali diwar-warkan merupakan negeri yang mempunyai hasil bumi yang banyak tetapi merupakan negeri, di mana penduduknya yang termiskin di Malaysia. Ada pula golongan yang selama ini berdiam diri tetapi sekarang tidak dapat bertahan lagi kerana desakan dan kemelut semasa yang menekan.
Akan bangkitkah puak-puak yang meluahan ketidakpuasan mereka dengan cara pengagihan kekayaan dan pembahagian peruntukan pembangunan yang telah dinyatakan dalam RMK9 dan peruntukan tambahan selepas review separuh penggal pelaksanaan oleh kerajaan?. Golongan yang seringkali terlepas pandang adalah golongan masyarakat yang tinggal di kawasan terpencil dan jauh dari riuh kesibukan kota. Bagaimana dengan nasip mereka? Apakah mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya? Seperti golongan masyarakat minoriti di sarawak & Sabah? Apa yang kita lihat dan perhatikan adalah pergelutan didalam parti politik BN sendiri. Isu dalaman parti seakan diberi perhatian lebih daripada masalah yang dihadapi oleh rakyat.Rakyat akan berhenti bercakap jika hak mereka diberi perhatian dengan sewajarnya. Golongan-golongan ini tentu sekali, lebih berminat dengan pilihan-pilihan (option) yang ada sekiranya dikehendaki berbuat demikian. Tetapi kita percaya bahawa masyarkat kita semakin terbuka untuk berfikir dan meluahkan atau melontarkan pandangan-pandangan dan idea-idea yang boleh menyedarkan minda masyarakat dan perlahan-lahan membawa mereka keluar dari kemelut yang menekan mereka. Kita pasti ada jalan keluar dari delima ini.
4 comments:
Keputusan pilihanraya 8 Mac lalu sebenarnya adalah suara ketidakpuasan hati rakyat yang sebahagian besarnya berpunca daripada dilema yang diperkatakan oleh Luguan Tulu. Tetapi ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. BN Sabah sememangnya mengambil kesempatan ini untuk menekan kerajaan pusat untuk meminta itu dan ini dan seterusnya memberi gambaran bahawa kemenangan besar mereka di kala BN semenanjung goyang adalah strategi yang sebenarnya berlaku hanya secara kebetulan. Hakikatnya, kemenangan mereka ini adalah sebahagian besar disumbangkan oleh orang-orang miskin dan kurang berpelajaran dan tidakpun merasa walau secubit garampun hasil daripada pembangunan yang ditaburkan di kawasan bandar. Contohnya Tambunan, di mana telah tersenarai sebagai salah satu kawasan termiskin di Sabah, Selagi keadaan itu tidak berubah, selagi itulah orang yang sama akan terus menjadi pemimpin mereka kerana kemiskinan yang berganding tangan dengan kedaifan dan kejahilan akan terus mengaburi mata hati dan fikiran mereka untuk menilai kepimpinan yang ada. Jadi pendek kata, keadaan itu sebenarnya kekuatan bagi pemimpin mereka untuk terus hidup dalam dunia politik.
Keadaan seperti yang disebut Garot, dan saya mempunyai sebab untuk percaya, bahawa ianya sama sekali dengan keadaan di Kadamaian. KIta kena tengok cara pemikiran orang USA yang memang tidak boleh dinafikan sebagai bangsa yang maju di dunia. Mereka memilih pemimpin bukan berdasarkan kulit,agama dan latar belakang hidup tetapi kebolehan memimpin yang memang terserlah dan mereka percaya boleh.Memangpun Barack Obama belum menjadi presiden tetapi kejayaan beliau menjadi calon demokrat yang digolongi majoriti kulit putih memang sudah jelas membuktikan pemikiran first class mereka. Berapa jauh lagi kah kita daripada kebolehan seperti itu?
Terima kasih komen yang diutarakan oleh garot & headhunter memang ada kebenarannya. Kerana tekanan & kesempitan hidup maka mempengaruhi pemikiran mereka yang sememangnya belum terbuka kepada perubahan. Itulah sebabnya kita harus mengerakkan satu kumpulan yang terdiri daripada golongan belia yang bersedia untuk membuat perubahan. Kalau tidak, kita tidak akan dapat membangkitkan pemimpin berkalibar yang kita harapkan untuk memimpin bangsa kita sendiri.
Sungguh menarik sekali apabila minda-minda kritis daripada Kadamaian bersatu. Saya telah terbaca cadangan penubuhan kumpulan belia di blog Kadamaianbaru, (www.kadamaian007.blogspot.com)seperti yang juga dicadangkan oleh luguan tulu, dan disini saya memberi jaminan yang saya akan menjadi ahlinya apabila ianya direalisasikan kelak.Pada hemat saya,Sabah tidak akan maju dan menikmati apa yang sepatutnya selagi kaum-kaum di negeri ini tidak bersatu sepenuhnya. Kita tengok sahaja mengenai permintaan sesetengah pemimpin supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menangani masalah PTI, itupun tidak mendapat sokongan penuh para pemimpin Sabah yang berulang kali mendakwah bahawa mereka berjuang untuk Sabah. Mereka berpuas hati dengan apa saja yang dicadangkan oleh kerajaan pusat walaupun kaedah berkenaan jelas tidak boleh mengalahkan keberkesanan suruhanjaya diraja yang berpotensi besar untuk menyelesaikan masalah ini untuk sekali dan selamanya. Amat mengecewakan sekali apabila percubaan untuk membentangkan usul tersebut di parlimen ditolak mentah-mentah oleh timbalan speaker yang juga seorang anak Sabah sendiri dengan alasan yang cukup memberikan gambaran bahawa hidungnya memang dipegang seperti kerbau oleh kerajaan pusat. Itu baru satu contoh saja. Ada banyak lagi peristiwa yang menunjukkan kelemahan para pemimpin Sabah sekarang ini. Saya gerenti disini bahawa selagi wujud pemimpin demikian yang memegang Sabah, dilema yang diutarakan oleh Luguan Tulu tidak akan menemui titik penghujungnya.
Post a Comment