Satu minggu yang lalu saya bertemu dengan seorang wanita (sudah bersara) dari daerah Penampang. Dia memberitahu saya bahawa dia dan saudara dia mempunyai tanah bergeran di kawasan satu kg… (tidak payah sebut nama kg) dalam daerah KB. Tapi katanya, dia sendiri pun tidak pernah melawat/melihat kawasan tersebut. Saya agak hairan dan tertanya-tanya kenapa wanita (dari daerah lain) itu boleh memiliki tanah yang penduduk kg sedang usahakan sebagai tanah pusaka mereka. Satu maklumat yang saya perolehi dari wanita tersebut, adalah dia mempunyai kaitan dengan salah satu pegawai atasan dari Jabatan Tanah di KK (something like adik ifar ka gitu). Dalam fikiran dan sangkaan saya, mungkin beliau boleh mendapatkan tanah tersebut disebabkan ada ’link’ dengan orang-orang tertentu dari jabatan berkenaan. Tanah orang kg yang belum bergeran, orang luar sengaja pohon kerana mendapat tahu tanah tersebut masi state land. Persoalannya disini, banyak kejadian yang mana tanah yang sedang diusahakan oleh orang kg selama ini tapi belum mendapat geran, jatuh ke tangan orang lain, walaupun tanah tersebut telah diusahakan sejak nenek moyang kita. Apakah peranan pemimpin masyarakat kita terutamanya pemimpin KDM, dalam membantu dan mempastikan tanah-tanah orang kg, tidak dipohon oleh orang yang tidak bertanggjungjawab, rakus dan pentingkan diri sendiri?. Kalau bukan pemimpin siapa lagi yang kita sandarkan?. Kita mengharapkan badan-badan yang melindungi Hal Ehwal Anak Negeri dapat menjalankan peranan mereka, demi masa depan anak-anak negeri. Kita tidak mahu kita kehilangan tanah pusaka yang menjadi nadi kepada para penduduk kg. Mereka meletakkan harapan masa depan generasi penerus dengan sebidang tanah yang mereka usahakan selama ini. Tetapi bila itu jatuh ke tangan orang lain, maka kita akan berputih mata dan menggigit jari kerana hak kita dirampas oleh orang lain. Wahai rakyat yang dihormati sekalian, jangan berdiam diri, perjuangkan hak kita, sebagai anak negeri.
Pelakon Wayang Kulit No:1 PBS
13 years ago
5 comments:
Saya pernah dikhabarkan oleh seorang teman mengenai aktiviti segolongan staf jabatan tanah dimana mereka-mereka ini akan memohon tanah yang mereka tahu belum dipohon atas nama orang lain dan kemudiannya dijual kepada orang-orang berada semasa masih berada dalam status PT. Memang secara perundangan ianya mungkin tidak ada cacat-celah tetapi dari segi moral ianya memang kerja terkutuk. Saya percaya selain daripada kaedah nepotisme, ini adalah salah satu kaedah yang membolehkan orang-orang yang tidak ada kena mengena dengan lokasi tanah mereka mendapatkannya.
Dashyat betul permainan mereka ya.Setakat ini para menteri dan anggota polis saja yang diarah kerajaan untuk mengistiharkan harta. Sepatutnya jabatan2 kerajaan seperti Jabatan tanahpun diwajibkan declare harta. Ini kerana mereka memegang kuasa dan mempunyai akses mudah kepada maklumat2 tanah. Ini jelas sekali amat mudah dimanipulasikan.
Rakan rakan seperjuangan, mungkin kita perlu buat sesuatu untuk menyedarkan masyarakat kita khususnya, tentang perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang seperti ini. Setiap pengusaha tanah di kg, perlu tahu status tanah mereka dan memohon geran secepat mungkin. kerajaan bagi atau tidak itu belakang kira yang penting ada tindakan dari pihak penduduk kg.
Tanah2 di negeri Sabah banyak juga diberikan kepada pemimpin-pemimpin parti penjajah dari Malaya untuk mengambil hati mereka. Lama-lama abis lah tanah kita kalau kita tidak buat sesuatu dari sekarang.Pertahankan tanah kita.
KITA PERLU BELAJAR DARI PERAK JUGA DALAM HAL MENGURUS TANAH ANAK NEGERI: Sila baca kenyataan ini.
Kenyataan Media: PAHANG harus belajar dari Perak dalam hal Kepentingan Orang Asli
6 06 2008
Kuantan, 6 Jun: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan diatas usaha kerajaan negeri Perak untuk memberi geran tanah kepada 48 ribu Arang Asli di negeri Perak. Usaha ini wajar dicontohi khususnya oleh kerajaan negeri Pahang di mana terdapatnya lebih 50 peratus Orang Asli di Malaysia.
Setelah lebih 50 tahun, Orang Asli di Malaysia dinafikan pemilikan tanah untuk penempatan dan pertanian/perladangan secara sah di sisi undang-undang. Selama ini, kerajaan Barisan Nasional telah dengan sewenang-wenangnya mengambil hak “tanah adat” orang asli di atas nama pembangunan dan mengksploitasi mereka di atas kepentingan ekonomi segelintir elit dengan peladangan kelapa sawit dan getah yang berjumlah puluhan ribu ekar.
Pada realitinya, Orang Asli adalah golongan rakyat Malaysia yang tertinggal jauh di belakang berbanding golongan lain dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik. Walaupun mereka menyuarakan kehendak mereka, namun, suara mereka tidak kedengaran. Kerajaan Barisan Nasional tidak melihat kepentingan membantu dan membimbing golongan Orang Asli ketahap yang lebih maju. Seharusnya golongan Orang Asli mampu mencapai tahap ekonomi yang dinikmati oleh kaum lain di Malaysia kini.
Justeru, kesungguhan dalam membela nasib dan kehidupan Orang Asli di Malaysia adalah tanggungjawab yang dituntut daripada pemerintah. Tanggungjawab ini perlu dipenuhi Kerajaan seperti tanggungjawab kepada golongan-golongan lain di negara ini. Kerajaan negeri Pahang sewajarnya segera mengambil inisiatif seperti yang telah didahului oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi: Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email: rozainiebbm@yahoo
Post a Comment