Sebelum pilihanraya yang lalu, YB kita di Kadamaian, menyatakan bahawa jalanraya sejauh 5Km (dari jalanraya besar ke kg.kaung KB) akan diaspal atau disemen (jalanraya yang dibina sejak zaman pemerintahan usno). Ada pula khabar mengatakan ada klinik juga akan di bina di kawasan Maeda (simpang masuk kg.kaung/lobong2) untuk kemudahan penduduk di sekitar Mukim Kadamaian Ulu dan kawasan berdekatan. Khabarnya dibina dalam RMK9 ini. YB tersebut pernah mengatakan kepada mantan pengerusi JKKK kg.Lobong-Lobong bahawa projek tersebut akan dibuat dan tinggal menunggu kontraktor untuk memulakan kerja-kerja berkenaan. Apa yang terjadi sekarang setelah hampir 2 tahun diperkatakan, tidak ada tanda-tanda projek itu dibina. Rakyat di Mukim Kadamaian Ulu, masih tertunggu-tunggu, apakah janji YB tersebut benar atau tidak. Sejak UMNO mengambil tampuk pemerintahan Sabah, janji-janji tersebut berulangkali di buat, tetapi sampai hari ini janji tersebut tidak di kotakan. Sampai bila kita menanti janji...yang tinggal hanya tinggal janji...????
Pelakon Wayang Kulit No:1 PBS
13 years ago
No comments:
Post a Comment