Tuesday, June 10, 2008

Pengeluar hasil getah

Rakyat di Kadamaian kebanyakannya terdiri daripada golongan masyarakat yang rajin berusaha. Kawasan ini, selain mengeluarkan pelbagai hasil-hasil pertanian, kawasan ini merupakan pengeluar utama hasil getah yang agak tinggi. Dengan harga getah agak meningkat (tapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan harga getah di semenanjung), keupayaan untuk menghasilkan ratusan tan setiap hari adalah perkara biasa. Apa yang menjadi rungutan para pekebun ialah, kenapa kemudahan jalanraya yang baik untuk kemudahan pekebun tidak pun diambil perhatian. Terdapat kawasan-kawasan yang agak jauh dan tidak mempunyai jalanraya yang baik,menyukarkan para pekebun menurunkan hasil pertanian mereka. Adapun jalanraya tetapi yang hanya layak dilalui oleh kerbau dan kuda, lebih teruk dari laluan kuda musim British. Ini merupakan persoalan yang agak besar sebilangan penduduk Kadamaian terutama mereka yang memiliki pemikiran yang terbuka dan sedar, bahawa kita sudah merdeka lebih kurang 45 tahun.

Sepatutnya dalam tempoh sedemikian kita sepatutnya mengalami pembaharuan yang boleh dibanggakan, tetapi hal yang berlaku adalah sebaliknya. Siapa yang kita persalahkan dalam hal ini? Diatas kebodohan kita sendirikah perkara ini terjadi? Siapa lagi yang boleh membela nasib kita? Siapa yang kita boleh harapkan untuk menerajui pembaharuan bagi kawasan Kadamaian dan amnya negeri kita yang tercinta ini? Kenapa orang lain boleh maju, kenapa kita tidak boleh? Kepada masyarakat yang mahukan pembaharuan dan pembangunan, fikir-fikirkan lah hal ini dan berilah pandangan, idea anda kepada pemimpin masyarakat kita.

No comments: