
Tindakan yang paling berkesan untuk mengutarakan masalah rakyat adalah melalui HOTLINE, apabila rayuan dan permohonan rakyat tidak diambil perhatian atau tindakan. Cara itu memang wajar sekiranya pemimpin dan kerajaan yang memerintah tidak peka kepada keperluan. Perkara ini selalunya berlaku dan kita juga mengalu-alukan TV3, bernama dan media-media lain terus terlibat dalam menyurakan/memaparkan keperitan dan masalah rakyat yang kian meningkat. Sejak akhir-akhir ini masalah rakyat bukan pula berkurang tetapi semakin bertambah dan mengundang kesengsaraan hidup. Keadaan infrastruktur terutamanya di luar bandar semakin merunsing kerana tidak ada tindakan susulan yang diambil oleh pihak berkenaan walaupun aduan demi aduan dibuat. Kenapa keadaan ini berlaku? Apa negera kita kembali mengalami kemelesetan ekonomi? dan tidak lagi mampu membantu rakyat? atau pengurusan dana yang tidak betul? Kesimpulan semua ini patut ditanya kembali kepada rakyat yang mengundi kerajaan yang memerintah sekarang. Kerana ketidakmampuan memikirkan jauh kehadapan begini lah jadi rakyat kita di Sabah. TETAPI,sekarang adalah masa kita membuat sesuatu, apabila mula muncul pemimpin kita yang sudah sedar dan bangun dari tidur, dan memikirkan hak kita dan masa depan kita. Kita mengharapkan supaya mereka benar-benar jujur untuk memperjuangkan rakyatnya di Sabah. Berdoalah untuk masa depan negeri dan negara kita.
No comments:
Post a Comment