Wednesday, June 11, 2008

Kesan Kenaikan minyak terhadap penduduk luar Bandar


Ramai penduduk kita yang tidak memiliki kereta tetapi turut mengalami tekanan hidup kerana kenaikan harga barang yang berterusan, kesan dari kenaikan harga bahan api (minyak). Apa pendapat anda bila kerajaan telah menaikkan harga petrol sebanyak 40% dan diesel 60% namun pendapatan kita tidak bertambah, tetapi kos yang perlu kita bayar semakin meningkat. Harga getah contohnya, masih ditahap rendah, tetapi kita dibebani dengan kos barangan yang tinggi. Macam mana kita boleh bertahan, apa langkah-langkah atau tindakan yang perlu kita buat. Beri komen anda.

1 comment:

Rundu Kinabalu said...

Satu isu hangat yang kawan-kawan cerita akhir-akhir ini adalah kes mencuri atau pecah rumah yang semakin menjadi-jadi. Belum pun sampai sebulan sejak kenaikan harga minyak, kes jenayah mula terasa. Desakan hidup terutamanya penduduk di kawasan bandar membuat mereka nekad melakukan perkara-perkara buruk ini. Peranan masyarakat untuk membenteras jenayah ini amat diperlukan, bukan diletak semata-mata dibahu pihak berkuasa. Ini isu yang terpaksa negara hadapi bila harga komoditi minyak ini melambung tinggi dan kerajaan tidak mahu menanggung subsidi bahan tersebut. Bilangan masyarakat yang mempunyai pendapat rendah semakin meningkat kerana nilai wang yang dibelanjakan tidak menampung harga barangan di pasaran yang mengalami kenaikan berterusan, berbanding dengan pendapatan yang sangat terhad. Bagaimana nasib golongan miskin yang tinggal di kawasan bandar, yang semakin terhimpit?