Satu minggu yang lalu saya bertemu dengan seorang wanita (sudah bersara) dari daerah Penampang. Dia memberitahu saya bahawa dia dan saudara dia mempunyai tanah bergeran di kawasan satu kg… (tidak payah sebut nama kg) dalam daerah KB. Tapi katanya, dia sendiri pun tidak pernah melawat/melihat kawasan tersebut. Saya agak hairan dan tertanya-tanya kenapa wanita (dari daerah lain) itu boleh memiliki tanah yang penduduk kg sedang usahakan sebagai tanah pusaka mereka. Satu maklumat yang saya perolehi dari wanita tersebut, adalah dia mempunyai kaitan dengan salah satu pegawai atasan dari Jabatan Tanah di KK (something like adik ifar ka gitu). Dalam fikiran dan sangkaan saya, mungkin beliau boleh mendapatkan tanah tersebut disebabkan ada ’link’ dengan orang-orang tertentu dari jabatan berkenaan. Tanah orang kg yang belum bergeran, orang luar sengaja pohon kerana mendapat tahu tanah tersebut masi state land. Persoalannya disini, banyak kejadian yang mana tanah yang sedang diusahakan oleh orang kg selama ini tapi belum mendapat geran, jatuh ke tangan orang lain, walaupun tanah tersebut telah diusahakan sejak nenek moyang kita. Apakah peranan pemimpin masyarakat kita terutamanya pemimpin KDM, dalam membantu dan mempastikan tanah-tanah orang kg, tidak dipohon oleh orang yang tidak bertanggjungjawab, rakus dan pentingkan diri sendiri?. Kalau bukan pemimpin siapa lagi yang kita sandarkan?. Kita mengharapkan badan-badan yang melindungi Hal Ehwal Anak Negeri dapat menjalankan peranan mereka, demi masa depan anak-anak negeri. Kita tidak mahu kita kehilangan tanah pusaka yang menjadi nadi kepada para penduduk kg. Mereka meletakkan harapan masa depan generasi penerus dengan sebidang tanah yang mereka usahakan selama ini. Tetapi bila itu jatuh ke tangan orang lain, maka kita akan berputih mata dan menggigit jari kerana hak kita dirampas oleh orang lain. Wahai rakyat yang dihormati sekalian, jangan berdiam diri, perjuangkan hak kita, sebagai anak negeri.
Monday, June 30, 2008
Tanah di Kawasan Kadamaian
Wednesday, June 25, 2008
Mana Janji YB
Thursday, June 19, 2008
Masalah Rakyat

Sunday, June 15, 2008
CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN
Wednesday, June 11, 2008
Kesan Kenaikan minyak terhadap penduduk luar Bandar

Ramai penduduk kita yang tidak memiliki kereta tetapi turut mengalami tekanan hidup kerana kenaikan harga barang yang berterusan, kesan dari kenaikan harga bahan api (minyak). Apa pendapat anda bila kerajaan telah menaikkan harga petrol sebanyak 40% dan diesel 60% namun pendapatan kita tidak bertambah, tetapi kos yang perlu kita bayar semakin meningkat. Harga getah contohnya, masih ditahap rendah, tetapi kita dibebani dengan kos barangan yang tinggi. Macam mana kita boleh bertahan, apa langkah-langkah atau tindakan yang perlu kita buat. Beri komen anda.
Tuesday, June 10, 2008
Pengeluar hasil getah
Sepatutnya dalam tempoh sedemikian kita sepatutnya mengalami pembaharuan yang boleh dibanggakan, tetapi hal yang berlaku adalah sebaliknya. Siapa yang kita persalahkan dalam hal ini? Diatas kebodohan kita sendirikah perkara ini terjadi? Siapa lagi yang boleh membela nasib kita? Siapa yang kita boleh harapkan untuk menerajui pembaharuan bagi kawasan Kadamaian dan amnya negeri kita yang tercinta ini? Kenapa orang lain boleh maju, kenapa kita tidak boleh? Kepada masyarakat yang mahukan pembaharuan dan pembangunan, fikir-fikirkan lah hal ini dan berilah pandangan, idea anda kepada pemimpin masyarakat kita.
Monday, June 9, 2008
Sampai bila kita menanti

Beberapa rancangan kerajaan seperti RM7, RM8 dan sehingga ke RM9 pada hari ini, rakyat sentiasa di tabur dengan janji demi janji..tidak ubah seperti ayam yang diberi makanan palsu..seperti polistrin, atau barangan getah yang tidak boleh dikunya..tertipu…ingatkan beras atau jagung sebenar yang ditabur..rupanya makanan palsu..sampai bila kita menanti..menanti janji yang berulangkali di tabur. Setiap kali pilihanraya tiba, maka perkara yang sama diulang-ulang untuk menyedapkan hati pendengar. Sampai bila kita tertipu… jalanraya…(yang masih seperti time USNO memerintah) bekalan air bersih…kemudahan atau kelengkapan sekolah-sekolah luar Bandar….dan sebagainya..adakah kita tidak layak untuk mendapatkan hasil dari bumi kita yang kaya raya..dan dibangunkan kembali untuk kemudahan rakyat? Atau perlukah kita terpaksa meminta-minta seperti pengemis baru mendapatkan kemudahan yang kita impi atau idam
Perubahan Minda Rakyat Kadamaian

Orang-orang kita tidak pernah sedar, betapa pentingnya perubahan minda dan atitude. Orang-orang kita belum dapat melihat atau gambarkan apa yang berlaku dalam masa 5, 10 atau 20 th akan datang, yang di orang mau tahu apa yang diberi pada hari ini.
Itulah masalahnya. Apabila pemimpin yang sedia ada tidak boleh merancang sesuatu yang baik dan realistik untuk rakyatnya, maka begini lah jadi dengan nasib N7 Kadamaian. Kasian..sungguh… Pilih pilih langsat..kopilih nogi di mataa..sumakit...